BAGAIMANA Kurta Slim Fit berevaluasi dari Sunnah

jerol

Kurta adalah sejenis pakaian yang berasal dari pakaian gamis.

Proses evalusi ini berlaku apabila baginda Nabi saw telah memotong di kiri dan kanan bawah pakaian tersebut sepanjang satu jengkal menggunakan pedang di kala baginda Nabi saw ingin menunggang untanya bernama Quswa.

Peristiwa ini telah dilihat oleh sahabat Nabi, Saiyyidina Abu Hurairah ra. Melihatkan begitu Saiyyidina Abu Hurairah lantas turut memotong gamis yang sedang dipakainya untuk meniru cara berpakaian Nabi saw yang dilihatnya pada waktu itu. Segalanya dibuat atas dasar kecintaan beliau yang terlalu tinggi pada kekasih hatinya Nabi kita Muhammad saw.

Kurta ini juga telah dipakai oleh ramai dari kalangan para Sahabat ridwanullah alayhim selepas peristiwa itu. Kurta ini juga dipakai oleh seorang pendakwah yang bernama Muhammad Ibnu Qosim cicit kepada Bani Thoif dalam misi dakwahnya ke India,Pakistan dan Bangladesh dengan hasrat untuk menghidupkan agama yang telah sempurna ditinggalkan oleh nabi untuk dihidupkan ke tiga-tiga negara tersebut. Sepanjang perjalanan usaha dakwahnya di ketiga-tiga negara itu maka Muhammad Ibnu Qosim telah mengenakan pakaian kurta ini bagi menyenangkan pergerakannya.

Oleh kerana itu, pakaian kurta ini telah pun menjadi tarikan kepada sesiapa yang melihatnya seluruh tempat beliau menjelajah sepanjang usaha dakwah dilakukan. Ini menjadikan pakaian tersebut sebagai pakaian utama dalam kehidupan seluruh rakyat India, Pakistan dan Bangladesh. Sehinggalah pada suatu ketika, terciptalah idea untuk mengembangkan dakwah di Kepulauan Nusantara dan Tanah Melayu.

Perniagaan digunakan sebagai medium dakwah pada ketika itu. Hakikat tujuan utamanya adalah untuk menyampaikan risalah Kalimah Tauhid dan agama Islam yang murni. Jemaah yang pertama tersebut dengan membawa maksud kalimah Lailahalillah telah sampai di perairan pantai Klebang, Melaka.

Sesampainya mereka pada waktu itu waktu Asar telah masuk. Salah seorang daripada mereka telah mencari ruang di celah-celah manusia yang sedang sibuk berurusan jual beli di tepi pantai itu untuk dijadikan ruang untuk mendirikan solat secara berjemaah. Azan pun dilaungkan. Kehadiran keseluruhan ahli jemaah itu lengkap berpakaian kurta sepanjang dan mereka pun mula tinggal di kawasan tersebut.

Berdasarkan sumber sejarah ini, memberi pencerahan bahawa Kurta juga berasal daripada pakaian yang pernah dipakai oleh Baginda Rasulullah SAW. Dan kini Kurta telah kembali mendapat tempat di kalangan penggemar fesyen lelaki dengan desain yang klasik mahupun yang terkini mengikut selera penggemar fesyen.

.

.

.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN KOLEKSI KURTA SLIMFIT YANG TAMPAK KONTEMPORARI DAN ELEGAN:

Eazzy by Azya

Diedit untuk memudahkan pembacaan dari FB: #Didalamsunahadakejayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *