Bagaimana caranya bergaya ke pejabat bagi Muslimah?

Blouse Labuh Muslimah
Pakaian anda adalah peribadi anda. Mempertahankan keperibadian Muslimah adalah wajib. Sudah banyak fesyen Muslimah yang mengikut garis panduan syariat dewasa ini. Fenomena ini sekaligus menangkis dakwaan bahawa berpenampilan Muslimah adalah membosankan. Namun perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa fesyen. Muslimah perlu bijak memilih mana yang terbaik di sisi ALLAH dan Rasul.

Puan Hanim Hashim ada berkongsi tips di blognya, tips menjadi Muslimah yang kontemporari dan elegan.

SARA by AZYA
Blouse Muslimah Labuh
  • Kenali tubuh anda

Paling utama dan paling terpenting sekali, anda kena kenali tubuh badan anda. Pilih pakaian yang selesa dipakai dan tidak terlalu menonjolkan bentuk tubuh badan. Pastikan pakaian yang dikenakan sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuh.

  • Tentukan jenis pakaian yang boleh dan tidak boleh dipakai ke pejabat
Tidak kira samada anda bekerja di agensi kerajaan mahupun swasta/korporat, pemilihan jenis pakaian yang sesuai penting mengikut profesion masing-masing. Gunakan garis panduan pemakaian yang disediakan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul dalam memilih pakaian. Antara pilihan jenis pakaian yang sesuai ialah baju kurung, kemeja bersama blazer, jumpsuit dan lain-lain. Elakkan dari memakai material jenis denim atau jeans.
  • Pilih saiz pakaian yang sesuai dengan bentuk badan

Elakkan memakai pakaian yang kainnya mengikut bentuk badan. Pemilihan saiz baju yang betul akan memberikan imej profesional dan juga selesa ketika di pejabat. Sekiranya anda sering mengenakan kemeja dan seluar slack atau long pants, pastikan baju kemeja tidak pendek sehingga di paras atas paha.

Pilih padanan warna yang sesuai 
Sebaiknya pilih dua padanan warna yang sesuai. Paling maksimum, boleh sehingga tiga warna sahaja. Elakkan memilih kumpulan warna yang sama, Kumpulan warna terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk dan warna panas. Sekiranya mempunyai corak, anda boleh suai padankan dengan warna yang terdapat dalam corak tersebut untuk membangkitkan penampilan yang lebih harmoni
  • Aksesori
Fesyen tidak hanya terfokus pada pemakaian sahaja, malah ia turut melibatkan pemilihan aksesori yang sesuai dan padan seperti tudung, kasut dan beg tangan. Untuk tudung, elakkan dari memilih tudung yang mempunyai corak ‘berserabut’ dengan hiasan manik dan labuci semata-mata, namun jika terdapat sedikit di bahagian tepi tudung itu tidak menjadi salah!
Sekiranya anda memakai pakaian corak ‘kosong’, tudung sebaiknya pilih yang bercorak. Padanan warna juga perlu diambil kira supaya warna tudung harmoni dan seimbang dengan warna baju. Begitu juga jika anda memakai baju bercorak, maka tudung bercorak ‘kosong’ dipilih.
Harap tips-tips di atas dapat memudahkan kita membuat keputusan dalam memilih pakaian yang sesuai. Yang penting kita merasa selesa dengan apa yang kita pakai dan praktikal dengan bidang tugas kita di pejabat atau di luar.
Blouse Labuh Muslimah
Blouse Labuh Muslimah
.
.
.

Klik di sini untuk mendapatkan Blouse Labuh Muslimah yang kontemporari dan elegan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *