KENAPA pemilihan fabrik boleh jadikan wanita ahli syurga…

Processed with VSCO with hb1 preset

Pernah tak dengar hadis ni:

“Dua golongan dari kalangan ahli neraka, (1) Suatu kaum yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu, mereka memukul manusia dengannya, (2) Wanita yang berpakaian tetapi telanjang, (Kasiyat aariyat) dan wanita yang berjalan  perlahan dengan membangga dirinya (Mailat Mumillat), Kepala mereka seperti bunjolan unta, mereka ini tidak akan memasuki syurga  dn tidak akan mencium baunya, dan sesungguhnya bauan syurga itu boleh dicium dari demikian dan demikian jauh”

  • Imam al-Nawawi berkata:Hadis ini menunjukkan mukjizat nabi s.a.w, sesungguhnya kedua-dua ini telah berlaku. Beliau telah mentafsirkan maksud (Kasiyat aariyat) : Adalah wanita yang menutupi sebahagian anggotanya dan membuka sebahagian yang lain untuk menampakkan keadaan dirinya.  Atau ia bermaksud wanita yang memakai pakaian yang nipis yang menampakkan warna tubuhnya.

 

  • Ibnu Taimiyyah berkata: (Kasiyat ariyat) bermaksud: Wanita yang memakai pakaian sedang hakikatnya dia bertelanjang. iaitu pakaian yang nipis yang menampakkan kulit tubuhnya atau pakaian yang ketat yang menampakkan bentuk tulangnya”

Berpandukan kepada hadis ini, pemilihan kain serta desain untuk dress atau jubah sangat penting untuk menentukan sama ada memakainya mendapat pahala menutup aurat atau sebaliknya. Ia juga bermaksud untuk menjaga maruah dan kehormatan wanita daripada gangguan.

Dress atau jubah muslimah perlu menitikberatkan soal pemilihan kain dan rekabentuk supaya ianya:

  1. Tidak jarang
  2. Tidak melekat di badan
  3. Tidak terlalu mengikut potongan badan sehingga nampak jelas

 


3 jenis kain ini sesuai untuk dijadikan material dress atau jubah muslimah sesuai dengan kehendak hadis ini.


Dull Satin Valentro

satin

  • Materialnya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal.
  • Berasal dari Korea.
  • Ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro,
  • Dikategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing.
  • Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila di gayakan.
  • Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai.
  • Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel.
  • Kain jenis ini berbidang 60 inch, hanya 3-3.5meter sudah mencukupi untuk membuat sehelai jubah. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.

Como Crepe

549920542_676

  • Materialnya lembut dan tidak panas.
  • Agak berat berbanding kain satin.
  • Tidak jarang, dan tidak mudah berkedut.
  • Membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya.
  • Mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang.
  • Material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

 

Moss Crepe

tudung-moss-crepe-fabrik-fesyen-terbaru

  • Tidak perlu di gosok.
  • Lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat.
  • Sesuai juga untuk blouse dan cardigan panjang.
  • Bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya.
  • Pilihan warna banyak, ada juga yang dual tone.
  • Tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK DAPATKAN DRESS COMO CREPE YANG SIMPLE DAN ELEGAN:

Daisy Striped

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *